nufnang ads

Sabtu, 27 Jun 2009

Intai-Intai Jabatan Pertanian

Intensif

PELAKSANAAN INSENTIF TANAMAN DI BAWAH DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN

TUJUAN

Tujuan pemberian insentif adalah untuk:

  1. Meringankan bebanan pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran.
  2. Menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan (Buah-buahan dan Sayur-sayuran).

KADAR INSENTIF TANAMAN

Kadar insentif yang dipersetujui seperti berikut:

  1. Sayur-sayuran dan tanaman kontan - RM 81.00 metrik/tan
  2. Buah-buahan - RM 78.00 metrik/tan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN INSENTIF

  • Warganegara Malaysia.
  • Pengusaha Individu, Syarikat dan Institusi.
  • Mengusahakan tanah sendiri, disewa, dipajak atau lain-lain status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan.
  • Mempunyai Rekod Ladang.
  • Berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Semenanjung,Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak. Pemberian insentif hanya layak diberi berdasarkan kepada permohonan dengan menggunakan borang pendaftaran yang khusus.
  • Mempunyai akaun di Agrobank.

JENIS-JENIS TANAMAN

Insentif akan diberikan berdasar kepada pengeluaran hasil yang dijual sahaja. Jenis-jenis tanaman yang akan diberi insentif seperti berikut:

Sayur-sayuran dan tanaman kontan

Buah-Buahan

  1. Cili
  2. Brassica (sawi)
  3. Kubis
  4. Peria
  5. Kacang buncis
  6. Kailan
  7. Petola
  8. Halia
  9. Terung
  10. Bayam
  11. Kacang panjang
  12. Tomato
  13. Salad
  14. Kangkung
  15. Timun
  16. Bendi
  17. Labu manis
  18. Ubi kayu
  19. Jagung manis
  20. Keledek
  21. Sengkuang
  1. Nanas
  2. Belimbing
  3. Betik
  4. Jambu
  5. Limau
  6. Mangga
  7. Nangka
  8. Tembikai/Melon
  9. Pisang
  10. Durian
  11. Rambutan
  12. Kelapa
  13. Manggis
  14. Dokong
  15. Duku/Duku Langsat
  16. Cempedak
  17. Longan
  18. Salak
  19. Pitaya

Semua pengusaha yang layak perlu berdaftar dengan Jabatan Pertanian di Pejabat Pertanian yang paling hampir dengan ladang/kebun pengusaha dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan seperti di bawah. Pendaftaran pengusaha akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pegawai Jabatan Pertanian Negeri atau Pejabat Daerah boleh merujuk Panduan Pelaksanaan Insentif Tanaman seperti yang disediakan di bawah sebagai rujukan pelaksanaan.

Tiada ulasan: