nufnang ads

Jumaat, 23 Oktober 2009

PROMOSI

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN FERTIGASI CILI

Benih Cili Kulai 568 - 10g - RM30.00
Baja Fertigasi AB - 100 liter - RM160.00
Benih Cili variety 151 - 10g - RM40.00
Peat Moss (Free Peat - Holland Peat) RM35.00

Rabu, 7 Oktober 2009

Kerenah Peruncit

Peruncit biasanya akan mencari barang murah walaupun harga jualannya mahal, beginilah yang terjadi pada cili, tengok cili kilat dia kata tak dak harga.. 568 berdahi lincin turut menjadi mangsa peruncit yang cuma ikut cakap orang saja.. ini situasi di sesetengah tempat.. di tempat2 lain macammana? ada masalah x?

Sabtu, 3 Oktober 2009

568 VS 151

Kulai 568, varieti cili kulai yang famous dikalangan penanam cabai namun varieti terdapat kelemahan-kelemahan tetapi permintaan terhadap verieti ini menyebabkan ia terus ditanam meluas walaupun terdapat 1001 ragam.. antaranya serangan virus dan penyakit.

varieti 151 pula ada sesetengah pemborong tak mau, walaupun buah agak hampir sama dengan 568.. kalau ada sesiapa pengalaman tanam buah 151 ni bolehla share kat sini..

Selasa, 29 September 2009

New Project Begin

I had discussed and prepared for 1 project with my friends to plant about 6000 trees.
The project now in 1st step - to flatten the area. This project will be publish and discuss later, soon in this blog when the first step done.

Isnin, 21 September 2009

SELAMAT HARI RAYA!!


Kami Dari SP Green Agro mengucapkan Selamat Hari Raya EidlFitri, Maaf Zahir Dan Batin..

Selasa, 15 September 2009

Lawatan Sambil Belajar





Baru-baru ini, kebun aku dikunjungi oleh satu grup yang menjalankan kajian perniagaan fertigasi dari UITM. Terima kasih atas kunjungan, kedatangan anda di alu2kan, dan kalau ada apa2 nak rujuk boleh emal terus ke jimradin@gmail.com.

Sabtu, 5 September 2009

Menuai!!



Buah cili dah mula masak.. musim menuai telah tiba.. mula2 dulu hasil tuaian hanya 1-2-3 kg sehari, kini hasil dah jadi 7-8kg sehari.. alhamdulillah..

Jumaat, 28 Ogos 2009

Dugaan Melanda..

Dugaan melanda, hujan lebat serta angin menumbangkan pokok, bergelimpangan, ada yang patah, dugaan.. sekarang ni pula musim hujan..





Selasa, 25 Ogos 2009

BAJA FERTIGASI AB

KINI ANDA BOLEH MENDAPATKAN BAJA FERTIGASI AB

HARGA
  • 10 Liter - RM45.00/set (A+B)
  • 100 Liter - RM160.00/set (A+B)

Rabu, 12 Ogos 2009

Hidup dengan cabaran..

kehidupan penuh ranjau dan liku.. begitulah juga penjagaan pokok cili ni perlukan disiplin yang tinggi.. pelabagai cabaran tentang penanaman cili, sudah la berdepan dengan pelbagai serangga perosak pokok cili ni, masalah pemasaran bakal dihadapi.. bukan senang mahu senang, dah cebur sendiri dalam projek cili ni, aku dapat rasakan getir, itu baru proses menanam dan menjaga, belum nikmat hasil lagi.. memang salute pada mereka yang telah lama di bidang ini.. harap aku pun akan begitu juga. dengan usaha, doa, tawakal, kena la buat betul2 projek cili ni.. memang pelbagai dugaan di hadapi.. bak kata p.ramlee " Ah cobaan"..

Sabtu, 8 Ogos 2009

Dream Car!!



Menuju Impian!!
apa yang kita usahakan mestilah dengan semangat waja.. eh.. apa klas waja.. semangat HILUX!!

Jumaat, 10 Julai 2009

Rabu, 1 Julai 2009

Serangan Ulat.. Tolong!!



Ada beberapa pokok kena serang teruk ulat ni (dalam bulatan).. alamak stok cypermetrin tak de plak, nak kena cari sok..


Permandangan dari salah satu pokok.. erm.. dah keluar tunas bunga dah..

Sabtu, 27 Jun 2009

Intai-Intai Jabatan Pertanian

Intensif

PELAKSANAAN INSENTIF TANAMAN DI BAWAH DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN

TUJUAN

Tujuan pemberian insentif adalah untuk:

  1. Meringankan bebanan pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran.
  2. Menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan (Buah-buahan dan Sayur-sayuran).

KADAR INSENTIF TANAMAN

Kadar insentif yang dipersetujui seperti berikut:

  1. Sayur-sayuran dan tanaman kontan - RM 81.00 metrik/tan
  2. Buah-buahan - RM 78.00 metrik/tan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN INSENTIF

  • Warganegara Malaysia.
  • Pengusaha Individu, Syarikat dan Institusi.
  • Mengusahakan tanah sendiri, disewa, dipajak atau lain-lain status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan.
  • Mempunyai Rekod Ladang.
  • Berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Semenanjung,Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak. Pemberian insentif hanya layak diberi berdasarkan kepada permohonan dengan menggunakan borang pendaftaran yang khusus.
  • Mempunyai akaun di Agrobank.

JENIS-JENIS TANAMAN

Insentif akan diberikan berdasar kepada pengeluaran hasil yang dijual sahaja. Jenis-jenis tanaman yang akan diberi insentif seperti berikut:

Sayur-sayuran dan tanaman kontan

Buah-Buahan

  1. Cili
  2. Brassica (sawi)
  3. Kubis
  4. Peria
  5. Kacang buncis
  6. Kailan
  7. Petola
  8. Halia
  9. Terung
  10. Bayam
  11. Kacang panjang
  12. Tomato
  13. Salad
  14. Kangkung
  15. Timun
  16. Bendi
  17. Labu manis
  18. Ubi kayu
  19. Jagung manis
  20. Keledek
  21. Sengkuang
  1. Nanas
  2. Belimbing
  3. Betik
  4. Jambu
  5. Limau
  6. Mangga
  7. Nangka
  8. Tembikai/Melon
  9. Pisang
  10. Durian
  11. Rambutan
  12. Kelapa
  13. Manggis
  14. Dokong
  15. Duku/Duku Langsat
  16. Cempedak
  17. Longan
  18. Salak
  19. Pitaya

Semua pengusaha yang layak perlu berdaftar dengan Jabatan Pertanian di Pejabat Pertanian yang paling hampir dengan ladang/kebun pengusaha dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan seperti di bawah. Pendaftaran pengusaha akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pegawai Jabatan Pertanian Negeri atau Pejabat Daerah boleh merujuk Panduan Pelaksanaan Insentif Tanaman seperti yang disediakan di bawah sebagai rujukan pelaksanaan.

Jumaat, 26 Jun 2009

Umah Semaian

Rumah semaian ni buat sendiri, guna kayu-kayu terpakai yang ada..



Rabu, 24 Jun 2009

Update..


Rumah semaian yang 90% siap (ownmade)





Antara view di ladang..

Isnin, 22 Jun 2009

Fertigasi.. On my way..

Alhamdulillah segala dah berjalan.. masa masuk pokok memang mencabar, daripada 10 tray, 10 x 104= 1040, yang menjadi lebih kurang 800 pokok sahaja, lebih 2 tray menjadi rosak akibat lecuh dan tidak menjadi. pemindahan anak pokok oleh ahli keluarga amatlah dihargai, rakan seperjuangan, Haikal dan dorongan isteri tercinta akhirnya terhasil juga kebun fertigasi sulung..






Semasa dalam perjalan ke kg selamat bagi mendapatkan bekalan buluh pancang, saya melalui kawasan pertanian di ekor kucing, ternampak satu kawasan pertanian yang besar berbumbung, sah ianya fertigasi dan singgah meninjau ketika perjalan pulang.



Tanaman Jagung antara tanaman yang ditanam di sekitar kawasan pertanian Ekor Kucing..


Menghampiri Kawasan Fertigasi

Rupanya Milik Peladang Kg Ekor Kucing..


Terbengkalai.. Sayangnya.. Kemungkinan projek ini tidak menjadi kerana faktor lokasi yang tidak sesuai, berhampiran bendang padi, yang menggunakan racun rumpai yang disebarkan angin menyebabkan cili tergugat.. RPH yang mahal harganya terbiar begitu sahaja, tentunya pengusaha-pengusaha fertigasi yang memerlukan RPH ini merasakan satu kerugian dan amat bermakna jika dapat memiliki RPH sebegini.

Khamis, 11 Jun 2009

update lagi..

temporary pump, problem, 2 jam guna dah short circuit, 0.5 hp, italy.. ada waranty nak tukar.. aku pun bawa pam tu pi kedai tu, tapi dia check ok la plak.. aku bak pasang balik and ok.. still function.. pelik.. huhuhu..


tong air and tanki..


sedang isi air..


tengah masuk anak pokok

Rabu, 10 Jun 2009