nufnang ads

Sabtu, 27 Jun 2009

Intai-Intai Jabatan Pertanian

Intensif

PELAKSANAAN INSENTIF TANAMAN DI BAWAH DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN

TUJUAN

Tujuan pemberian insentif adalah untuk:

  1. Meringankan bebanan pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran.
  2. Menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan (Buah-buahan dan Sayur-sayuran).

KADAR INSENTIF TANAMAN

Kadar insentif yang dipersetujui seperti berikut:

  1. Sayur-sayuran dan tanaman kontan - RM 81.00 metrik/tan
  2. Buah-buahan - RM 78.00 metrik/tan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN INSENTIF

  • Warganegara Malaysia.
  • Pengusaha Individu, Syarikat dan Institusi.
  • Mengusahakan tanah sendiri, disewa, dipajak atau lain-lain status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan.
  • Mempunyai Rekod Ladang.
  • Berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Semenanjung,Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak. Pemberian insentif hanya layak diberi berdasarkan kepada permohonan dengan menggunakan borang pendaftaran yang khusus.
  • Mempunyai akaun di Agrobank.

JENIS-JENIS TANAMAN

Insentif akan diberikan berdasar kepada pengeluaran hasil yang dijual sahaja. Jenis-jenis tanaman yang akan diberi insentif seperti berikut:

Sayur-sayuran dan tanaman kontan

Buah-Buahan

  1. Cili
  2. Brassica (sawi)
  3. Kubis
  4. Peria
  5. Kacang buncis
  6. Kailan
  7. Petola
  8. Halia
  9. Terung
  10. Bayam
  11. Kacang panjang
  12. Tomato
  13. Salad
  14. Kangkung
  15. Timun
  16. Bendi
  17. Labu manis
  18. Ubi kayu
  19. Jagung manis
  20. Keledek
  21. Sengkuang
  1. Nanas
  2. Belimbing
  3. Betik
  4. Jambu
  5. Limau
  6. Mangga
  7. Nangka
  8. Tembikai/Melon
  9. Pisang
  10. Durian
  11. Rambutan
  12. Kelapa
  13. Manggis
  14. Dokong
  15. Duku/Duku Langsat
  16. Cempedak
  17. Longan
  18. Salak
  19. Pitaya

Semua pengusaha yang layak perlu berdaftar dengan Jabatan Pertanian di Pejabat Pertanian yang paling hampir dengan ladang/kebun pengusaha dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan seperti di bawah. Pendaftaran pengusaha akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pegawai Jabatan Pertanian Negeri atau Pejabat Daerah boleh merujuk Panduan Pelaksanaan Insentif Tanaman seperti yang disediakan di bawah sebagai rujukan pelaksanaan.

Jumaat, 26 Jun 2009

Umah Semaian

Rumah semaian ni buat sendiri, guna kayu-kayu terpakai yang ada..



Rabu, 24 Jun 2009

Update..


Rumah semaian yang 90% siap (ownmade)





Antara view di ladang..

Isnin, 22 Jun 2009

Fertigasi.. On my way..

Alhamdulillah segala dah berjalan.. masa masuk pokok memang mencabar, daripada 10 tray, 10 x 104= 1040, yang menjadi lebih kurang 800 pokok sahaja, lebih 2 tray menjadi rosak akibat lecuh dan tidak menjadi. pemindahan anak pokok oleh ahli keluarga amatlah dihargai, rakan seperjuangan, Haikal dan dorongan isteri tercinta akhirnya terhasil juga kebun fertigasi sulung..






Semasa dalam perjalan ke kg selamat bagi mendapatkan bekalan buluh pancang, saya melalui kawasan pertanian di ekor kucing, ternampak satu kawasan pertanian yang besar berbumbung, sah ianya fertigasi dan singgah meninjau ketika perjalan pulang.



Tanaman Jagung antara tanaman yang ditanam di sekitar kawasan pertanian Ekor Kucing..


Menghampiri Kawasan Fertigasi

Rupanya Milik Peladang Kg Ekor Kucing..


Terbengkalai.. Sayangnya.. Kemungkinan projek ini tidak menjadi kerana faktor lokasi yang tidak sesuai, berhampiran bendang padi, yang menggunakan racun rumpai yang disebarkan angin menyebabkan cili tergugat.. RPH yang mahal harganya terbiar begitu sahaja, tentunya pengusaha-pengusaha fertigasi yang memerlukan RPH ini merasakan satu kerugian dan amat bermakna jika dapat memiliki RPH sebegini.

Khamis, 11 Jun 2009

update lagi..

temporary pump, problem, 2 jam guna dah short circuit, 0.5 hp, italy.. ada waranty nak tukar.. aku pun bawa pam tu pi kedai tu, tapi dia check ok la plak.. aku bak pasang balik and ok.. still function.. pelik.. huhuhu..


tong air and tanki..


sedang isi air..


tengah masuk anak pokok

Rabu, 10 Jun 2009

Jumaat, 5 Jun 2009

Bengkel Usahawan Fertigasi AgroBank-Utusan


Tarikh :22-24 Mei 2009
Tempat: Puasat LatihanKWSP (MESSET)
Ladang: Jalan Universiti, of Jalan Kebun, Klang.
Anjuran Agro Bank - Utusan(MEGA)


Bersama Dr Fertigasi, Dr Mahamud Shahid

Ladang Onyx Farm, Jalan Universiti of Jalan Kebun, Klang.


Update Ladang..


Sebahagian yang dah siap di susun.. some of 1000 bags..






Haikal membantu menyusun polibag-polibag..



Khamis, 4 Jun 2009

Update Ladang..

New Look..



Proses menyusun bata



Susun pelapik polibag (bata)


Haikal tengah menyusun..


Hasil sebahagian bata yang telah disusun..