nufnang ads

Ahad, 28 Disember 2008

Jom Tanam Cili Di Rumah

Jadikan hobi menanam pokok cili sebagai satu daripada minat anda, selain dari hobi, ia juga dapat memberikan kepuasan apabila kita dapat menikmati cili hasil tanaman dan jagaan sendiri.


SET TANAMAN FERTIGASI CILI 10 Polibag.. RM180.00 rujuk sini

Sabtu, 27 Disember 2008

Repella - Organic Fertilizer + Repellant

Aku ada mencuba satu benda alah ni, nama dia repella, bagus juga, aku guna kat pokok yang dah kena penyakit, pokok semakin pulih dan kesan memberangsangkan.. selain itu ia sebagai repellent terhadap serangga perosak..

Update















Benih Cili dah kuar tunas ketiga

agak perlahan pertumbuhan cili ni..















Pokok Cili Atas Bumbung yang semakin galak berbuah, pelbagai usaha melawan perosak, malation, green patrol, afy hanif, repella..
hmm.. cabaran jugak nak bela cili ni..




















pokok melon ni tanam saja2 jer, dah berbuah dah.. usia pokok dalam 2 bulan lebih..


Tapak Alternatif

Setelah tapak yang pertama di'hold' sementara, berikutan kedudukannya yang agak kurang fasiliti, dan mengundang masalah air bertakung dan solution yang memerlukan belanja yang tinggi untuk menambak tanah, satu lagi tapak yang agak sesuai adalah seperti berikut namun kerja-kerja pembersihan tapak perlu dilakukan membuang semak dan beberapa pokok besar..



Jumaat, 19 Disember 2008

My 1st Step

Segala barang keperluan hampir lengkap.. Tapak masih belum ready..
Perkakasan dah ready dalam 75%.. erm.. bersambung....
ok sambung balik.. kini anak benih yang ditanam dulu dah bercambah dan masuk minggu ke 3 dah..

Anak benih masa umur 5 hari..










Isteri turut serta membantu..

Dunia Fertigasi Ku

Bermula dengan pembelian 3 pokok cili oleh mama dari seorang pengusaha cili sambilan di sungai petani..

pada mulanya aku tak ambil kisah, aku hidup sebagai seorang yang bekerja sendiri, sibuk buat kontrak kelas F, apakan daya dunia kontraktor bermacam ragam membuat aku ingin mencari satu sumber pendapatan lain. Kerja binaan tetap aku teruskan juga dengan mengambil kerja renovation rumah-rumah orang persendirian. Lepas kahwin aku masih tinggal dengan orang tua aku sehingga kini, rumah teres dua tingkat abah beli 2 biji kembar sekali membolehkan kami tinggal beramai-ramai, ada 6 bilik.. ruang tanah dah tak ada.. Mama beli pokok letak dengan pokok bunga lain dibawah bumbung.. pokok cili lambat besar kerana tak kena cahaya matahari, lepas tiga bulan baru nak keluar bunga.. aku ubah naik ke tingkat atas, agak kena la juga matahari bila dah tengahhari.. pokok mula berbuah.. erm ok juga.. pada mula buah keluar dalam 10 biji tapi lama-kelamaan aku tengok buah banyak rosak, tangkai jadi kuning, rupanya kena serang lalat.. aku pun jumpa dengan penjual pokok cili ni dan beli lagi 7 pokok bagi jadi sepuluh. Pokok ni semua aku just siram hari-hari tanpa sistem fertigasi. aku beli pokok 3.5 sepokok, pastu satu set baja ab dengan harga rm10 500ml (botol coca cola).. main beli ja, bila dah tau baru tau dia jual mahal tapi tak pa la.. kalau tak aku tak tau.. erm.. dia bagi aku racun serangga sebotol spray kecik.. ok la lalat buah dah kurang, aku still belajar.. isteri aku bagi harapan dan semangat.. alhamdulillah pokok aku beli 7 tu 2 pokok besar sempurna manakala 5 lagi sakit macam2, baru belajar.. aku letak pokok-pokok semua atas bumbung ledex.. erm.. sekarang cili dah tak beli.. pokok sakit pun dah terawat sikit2..
hujung bulan 11 2008 aku pi kursus kat abg marzuki di kajang. alhamdulillah aku mula kumpul beli barang sikit-sikit.. tanah mak aku serelung nak diusahakan, mama bagi 2k untuk clear semak, dah clear tapi tanah rendah, bila hujan jadi macam bendang.. adoi, dugaan.. mak ada satu lagi tanah dan tanah tu masih kongsi dengan adik beradik mama yang lain, pak long, makngah mak lang and pak cik. aku dah minta permission depa semua dan green light sudah ada.. aku teruskan mengumpul barang dan tunggu masa untuk clearkan pula tanah tu, tak besar mana, tapi lepas a dalam 450 pokok.. buat dulu sikit2.. cari modal sebelum usaha tanah serelung (3/4 ekar) yang macam bendang tu.. insyaallah..


antara pokok cili yang okay..


timer aku belajar buat sendiri..


pokok-pokok cili..


hasil setelah masuk 3 bulan..






pokok tomato bercambah dengan cepat, main campak je biji tomato dalam bekas tanah ni..