nufnang ads

Rabu, 14 November 2012

Puyuh Oh Puyoh!!

Hari ni masukla 15 ekor anak puyuh.. alahai cinobetnya.. cute, kalau terpicit alahaii.. huhuhu.. sekor rm1.. harga runcit kedai ternakan.. kalau memang budak sp, mesti tau punya kedai boon, ada 2 boon, boon burung and boon basikal.. tadi kat kedai boon, ada jual gak inkubator homemade, simpel gila, pakai drawer 2 tingkat ja.. termometer biasa yang air merah tu, ngan thermostat murah ja.. mak ai dia jual rm250.. ala meniaga kan, musti mauu untungg maa.. mau murah, sendiri bikin lo.. hehehe..

cutenye
 

 

 

Dah berpagar buluh x 100% siap lagi.. dah siap leh masuk itik ang.. 

Berapa Kos Nak Buat Reban Ni..

My Reban Design
Lawa tak.. hehehe.. bila dah gila nak bela ayam mula la design, so plan-plan nak bina reban ayam ni.. macam besh je kan.. Agak-agak berapa kos nak buat reban ni..? 

Bahan Binaannya:
  1. Kayu 1/2 terawat (rawat sendiri le, sapu minyak hitam lepas tu cat warna putih, hallammmak!!)
  2. Papan untuk dinding. rasanya kena cari pelet2 terpakai yang elok lagi kayunya.. fixkanla..
  3. Jaring mata punai
  4. Pintu (pintu terpakai alter bagi jadi 4 kaki tinggi) + aksesori (kunci mangga)
  5. Atap. erm kalau boleh pakai atap nipah je, hehehe.. ala cari je bumbung leedex yang org pakai buat tutup projek yang tengah bina tu.. tapi pastikan hak kerajaan, minta ja, kita rakyat.. huhuhu.. rakyat di dahulukan..
  6. kotak isi ibu ayam - pepandai la pikir..
ok hantar quotation sebelum 15 November 2012.. sebelum jam 12 tgh hari.. :p

berapa harga projek reban ni??

Selasa, 13 November 2012

Effective Microb

Dulu dah pernah ambik tau la kena refer balik..


riday, April 30, 2010

THE USE OF EFFECTIVE MICROORGANISM (EM) IN AGRICULTURAL INDUSTRY/ PENGGUNAAN EFEKTIF MIKROB (E.M) DIDALAM INDUSTRI PERTANIAN

Mikrob adalah sangat penting dan memainkan banyak peranan didalam proses kehidupan harian manusia , haiwan dan juga ekologi alam semula jadi. Tanpa mikrob, manusia pun belum tentu dapat menjalani kehidupan didunia ini. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa pokok pun mengeluarkan sedikit gula dari akarnya sebagai upah kepada mikrob untuk mengitar semula bahan organik yang mereput dibawah pokok agar ianya bertukar menjadi nitrat, vitamin, enzim dan hormon yang boleh disedut oleh akar nya..

Microbes play a very important role in human life and in nature. Without microbes we will not survive in this world. Microbe helps to digest food in human and animal; and accelerate decomposition of dead flora and fauna so that it can be recycled. Not many people knows that trees excrete sugar from their root as compensation or contribution for the roles of microbes to decompose organic materials under the canopy and change it into nitrates, vitamins, enzymes and hormones that can be readily absorbed by the tree.

APA ITU EFEKTIF MIKROB/WHAT IS EFFECTIVE MICROORGANISM

Efektif mikrob ialah bakteria yang telah diselidik dan didapati berguna kepada manusia oleh Dr. Teruo Higa ‘Professor of Horticulture University of the Ryukyus Okinawa, Japan’ . Beliau telah menemui bakteria yang berfaedah kepada manusia dan juga menemui kaedah untuk membuat inokulen dari bacteria tersebut. Bakteria bacteria ini boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pereputan dan menukarkan bahan organik untuk menjadi baja dengan cepat. EM dapat membuat kualiti tanah menjadi lebih baik, pokok cepat membesar dan menambah hasil tuaian.

The use Effective microorganism (EM) was pioneered by . Dr. Teruo Higa Professor of Horticulture University of the Ryukyus Okinawa, Japan and he had developed the inoculants that can improve soil quality, crop growth and yield .EM is beneficial bacteria that can be used by human in agriculture industry.

KEGUNAAN EFEKTIF MIKROB/ THE USE OF EFFECTIVE MICROORGANISM 
  • Membaiki kualiti tanah/Improving soil quality
  • Mengawal serangga/Pest control
  • Menambah nitrogen kedalam tanah/ Fix atmospheric Nitrogen to the soil
  • Menghapuskan racun bahan kimia/ Detoxification of pesticide.
  • Menambah vitamin untuk tanah/ help to produce and add vitamins to the soil
  • Menambah enzim dan hormon untuk tanah/ help to add enzyme and hormones to the soil
  • Mengawal pathogen didalam tanah/ suppress soil pathogen.

KENAPA LEBIH BAIK GUNA EFEKTIF MIKROB (EM)/ WHY IT IS BETTER TO USE EFFECTIVE MICROORGANISM (EM)

Kegunaan baja kimia atau racun perosak akan merosakkan tanah, mencemarkan air dan menhasilkan bahan makanan yang mengandungi sisa bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan. Mengunakaan EM adalah pengunaan bahan semulajadi yang tidak membahayakan kesihatan.

Usage of chemical fertilizer and pesticide will spoil the quality of the soil, pollute our water and produce food with traces of chemicals which are hazardous to our health.

KEGUNAAN EFEKTIF MIKROB (EM) DIDALAM DIDALAM PERLADANGAN/ THE USE EFFECTIVE MICROORGANISM (EM) IN CROP FARMING

EM digunakan sebagai kondisioner untuk menukar baja kandang menjadi baja organik./ EM are used as soil conditioner by converting organic material and animal manure into compost.

EM yang telah dijadikan sillage digunakan sebagai baja organic. / EM which had been fermented with organic materials (sillage) can be used as organic fertilizer

EM yang telah dicampur dan diperam bersama herba anti serangga semula jadi dijadikan racun serangga organik./ EM which had been fermented together with natural insect repellents herbs can be used as organic pesticide.

KEGUNAAN EFEKTIF MIKROB (EM) DIDALAM DIDALAM INDUSTRI TERNAKAN/ THE EFFECTIVE MICROORGANISM (EM) ANIMAL FARM

Dengan menyembur EM setiap hari didalam dan persekitaran kandang akan menghapuskan bau busuk./ By spraying EM daily in and around the building where the chicken or cattle are kept will get rid of the smell altogether

EM yang dicampurkan kedalam makanan haiwan akan menambahbaik pencernaan makanan dan mengurangkan pembaziran./EM which are added to animal feed will help the animal to digest the food better and more efficiently thus less waste.


KEGUNAAN EFEKTIF MIKROB (EM) DIDALAM DIDALAM INDUSTRI TERNAKAN IKAN / THE USE EFFECTIVE MICROORGANISM (EM) AQUATIC FARMING

EM yang dimasukkan kedalam kolam ikan akan membesihkan air dengan menukarkan ammonia dari najis ikan menjadi nitrites dan kemudian menjadi nitrares. Nitrates akan disedut oleh pokok keladi bunting yang ikan suka makan.

By Adding EM to the fish pond, it will clean the water by converting ammonia from fish excretion into nitrites and then into nitrates which are later absorbed by aquatic plants , Aquatic plants are then eaten by fish, thus reduce the cost on fish food. 

reban ayam luar negara

Mana Satu Pilihan Anda?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Isnin, 12 November 2012

umah ayam

Amacam sempoi dak?








Progress

Hari ni kelam kabut di pagi hari, nak hantar adam ke rumah mak tok dia, aku nak gi setel kerja siling, adeh hari ahad la, hardware tutup.. terpaksa beli kat hardware lain.. setel satu tugas, nak ke satu lagi.. alamak tuan umah takde.. da keluar ker, keta ada ding dong bell 5 kali, sah tak dak umah.. tertangguh la plak, salah aku gak, aku cakap datang pagi tapi dekat tengah hari kul 11 baru sampai.. ermm.. tak pe lah, aku dah info tuan umah, aku balik kebun buat sangkar puyuh and rumah angsa.. setel, alamak x bawak s3 nak ambik gambar.. esok la aku uploadkan.. hujan petang sampai malam.. -bersambung....

Sabtu, 10 November 2012

macam x caya..

Di rewindkan balik, dari awal blog sampai skrg, mcm x caya ja apa yg dah aku wat.. mcm mimpi ja.. sedih.. org kata jgn pndang belakang, hidup mesti diteruskan.. gagal sekali dua bukan gagal selamanya..

Jamu Nasi Sejuk

Hari ni try bagi makan nasi sejuk campur dedak, mula2 jual mahal jugak anak2 ayam ni, dok pagut dedak yang lekat kat nasi, tapi lama2 nasi kuoi susut jugak.. huhuhu.. lega la jugak kalau tidak jenuh beli dedak.. rm2.3/kg.. seminggu mau 2kilo.. makin besar makin kuat makan.. kalau 12 minggu totally 24kg, rm55.20 itu pun kalau fcr still sama.. so kos semua kalau 24 ekor ni hidup.. modai semua dekat 180..so cost sekor jatuh rm7.5 sekor.. aym kg sekor kalau berat sekilo.. jual rm10 sekor.. untung 2.50sekor x 24.. baru untung rm60.. jadi la syok2.. tapi target kita telur n anak2 ayam yang akan datang.. insyallah nanti kita kira lain.. ni update la sket lagi gambar2 ayam kg hari ni.. erm.. tadi jelajah blog2 penternak, best plak tengok depa bela itik, puyuh.. menarik tu.. insyallah..













Jumaat, 9 November 2012

belajar ayam kampung

anak2 ayam berusia 2 minggu.. asalnya 30 tapi dah kiok 6 ekor.. so sekarang tinggal la 24 ekor.. hari tu pi kl, tinjau kedai ayam jalan pasar, beli ubat dan vitamin, rupanya kat sp murah lagi.. beza la, tapi tak pa pengalaman semua tu.. hari masuk sangkar ni lepas semua kawasan besar, tapi bila malam ada yg komen suruh pekecik sikit kawasan so pekecikkan sikit buat divider pakai bunting terpakai.. wife agak interested nak bela plak puyuh, sangkar puyuh plak nak buat koboi2 je..

 

 

 



Isnin, 5 November 2012

Kehidupan Baru..

Setelah berbagai laluan perit getir, penuh liku, dugaan demi dugaan, akhirnya terpaksa berpatah balik, sedih mengenangkan laluan yang bergelora, penuh dugaan, liku, aku tewas..

Gagal sekali, 2 x, 3 x, tak bererti aku gagal selamanya..

So sekarang apa pun hidup mesti diteruskan.. susah macammana pun, kena hadapi.. kena telan walaupun pahit.. rugi masa aku 2 tahun.. erm.. so sekarang aku dah mula balik hidup di Sungai Petani.. Apa aku buat sekarang? Hmm.. aku dah tanam serai dulu, tanam limau kasturi, lagi sebulan dua keluar kot hasil.. bela ayam kampung try tengok hasil macammana.. erm.. itu semua sampingan, kerja utama aku masih di sektor binaan.. renovation.. piping, eletrical works.. sambil tu ada jugak aku sambilan buat online business @ www.jrshoppe.blogspot.com... Jumpa lagi di coretan akan datang..

Isnin, 15 Oktober 2012

Apa nak buat lagi?

Apa nak dibuat lagi, nak tanam or ternak apa lagi? dulu semuanya terlingkup.. skarang dah masuk limau kasturi tu pun 20 pokok je.. ada ruang lagi, nak tanam apa???

Ahad, 20 Mei 2012

Agak lama juga kali ini saya meninggalkan blog.. selepas penghijrahan kerjaya ke bidang pasar, nampaknya masih juga belum terbuka pintu kejayaan.. Kini dah kembali ke Sungai Petani, apa nak buat ni..? semua perancangan alternatif belum memberikan respon.. insyallah ada la tu.. erm.. sambil2 membangunkan semula kebun sp green, saya menjalankan perkhidmatan baikpulih saluran paip rumah dari meter sampai ke tangki, dan juga memasang penapis air rumah yang besar lepas meter tu, kalau ada siapa2 berhajat nak pasang tu boleh la contact saya.. insyallah kali ni bidang pertanian saya x buat dah cili.. kalau buat pun mungkin secaya tanam terus ke tanah.. insyallah..

Ahad, 22 Ogos 2010

Harga Cili di JB..

rujukan fama mengenai harga cili di JB, pergh.. masih tinggi, sapa ada cili boleh bawak ke Johor..

Jika di Kedah harga telah jatuh kepada RM6 harga Ladang, Di Johor RM9.00
Harga Runcit di Kedah RM9, tetapi di JB harga purata RM14.00..

Boleh eksport cili pi JB..

alhamdulillah.. dah masuk pokok awal puasa hari tu..