nufnang ads

Jumaat, 19 Disember 2008

Dunia Fertigasi Ku

Bermula dengan pembelian 3 pokok cili oleh mama dari seorang pengusaha cili sambilan di sungai petani..

pada mulanya aku tak ambil kisah, aku hidup sebagai seorang yang bekerja sendiri, sibuk buat kontrak kelas F, apakan daya dunia kontraktor bermacam ragam membuat aku ingin mencari satu sumber pendapatan lain. Kerja binaan tetap aku teruskan juga dengan mengambil kerja renovation rumah-rumah orang persendirian. Lepas kahwin aku masih tinggal dengan orang tua aku sehingga kini, rumah teres dua tingkat abah beli 2 biji kembar sekali membolehkan kami tinggal beramai-ramai, ada 6 bilik.. ruang tanah dah tak ada.. Mama beli pokok letak dengan pokok bunga lain dibawah bumbung.. pokok cili lambat besar kerana tak kena cahaya matahari, lepas tiga bulan baru nak keluar bunga.. aku ubah naik ke tingkat atas, agak kena la juga matahari bila dah tengahhari.. pokok mula berbuah.. erm ok juga.. pada mula buah keluar dalam 10 biji tapi lama-kelamaan aku tengok buah banyak rosak, tangkai jadi kuning, rupanya kena serang lalat.. aku pun jumpa dengan penjual pokok cili ni dan beli lagi 7 pokok bagi jadi sepuluh. Pokok ni semua aku just siram hari-hari tanpa sistem fertigasi. aku beli pokok 3.5 sepokok, pastu satu set baja ab dengan harga rm10 500ml (botol coca cola).. main beli ja, bila dah tau baru tau dia jual mahal tapi tak pa la.. kalau tak aku tak tau.. erm.. dia bagi aku racun serangga sebotol spray kecik.. ok la lalat buah dah kurang, aku still belajar.. isteri aku bagi harapan dan semangat.. alhamdulillah pokok aku beli 7 tu 2 pokok besar sempurna manakala 5 lagi sakit macam2, baru belajar.. aku letak pokok-pokok semua atas bumbung ledex.. erm.. sekarang cili dah tak beli.. pokok sakit pun dah terawat sikit2..
hujung bulan 11 2008 aku pi kursus kat abg marzuki di kajang. alhamdulillah aku mula kumpul beli barang sikit-sikit.. tanah mak aku serelung nak diusahakan, mama bagi 2k untuk clear semak, dah clear tapi tanah rendah, bila hujan jadi macam bendang.. adoi, dugaan.. mak ada satu lagi tanah dan tanah tu masih kongsi dengan adik beradik mama yang lain, pak long, makngah mak lang and pak cik. aku dah minta permission depa semua dan green light sudah ada.. aku teruskan mengumpul barang dan tunggu masa untuk clearkan pula tanah tu, tak besar mana, tapi lepas a dalam 450 pokok.. buat dulu sikit2.. cari modal sebelum usaha tanah serelung (3/4 ekar) yang macam bendang tu.. insyaallah..


antara pokok cili yang okay..


timer aku belajar buat sendiri..


pokok-pokok cili..


hasil setelah masuk 3 bulan..






pokok tomato bercambah dengan cepat, main campak je biji tomato dalam bekas tanah ni..

Tiada ulasan: