nufnang ads

Jumaat, 20 Februari 2009

Semakin Hampir..

Bangunan Utama Operasi Ladang.

Telaga tak pernah kering..
Tapak Kolam Ikan.

Longgokan CocoPeat.
Tangki Air

Main building

Tanah dah lapang..

Kini dah hampir siap tanah kebun aku, tinggalnya nak pasang pagar, bumbung untuk tanki, repair tapak kolam, masuk api n air and launching.. semakin ringan kepala aku rasanya.. huhuhu, dalam menjadi petani ni kerja lama masih kena buat, kerja kontrek renovation tetap aku teruskan, ye lah nak cari makan, kerja sendiri ni kena usaha lebih sikit. Ni sedikit sebanyak gambar kebun yang dah hampir siap.. kira2 dah 75% dah ni.. alhamdulilah..

Isnin, 26 Januari 2009

Cabaran

Erm, rumah dah direbankan, pokok besar dah ditebang, pokok2 kecik pun dah ditumbangkan, tanki air pun dah beli dah.. tunggu nak clear sampah2 plak.. sampah pokok2, kerengga banyak gila, biar kering sikit dalam 3 hari, pastu bakar la.. selagi tak selesai kerja-kerja ni pening kepala den..

Jumaat, 16 Januari 2009

Siphon..



Ini adalah natural disaster yang biasa berlaku akibat graviti dan hukum air..

Dalam fertigasi ni biasanya siphon ni diatasi dengan menggunakan pelbagai kaedah, antaranya:
  • selenoid valve (gambar pinjam dari AFFE)












  • air valve
  • air hole
  • auto pump control











semua penyelesaian di atas memerlukan kos yang agak tinggi, biasalah, nama pun teknologi fertigasi. Ada satu kaedah yang mudah dan murah.. akan dibincangkan kemudian.. nak siap gi KL..














Selasa, 13 Januari 2009

13 January 2009

Hari ni aku beli barang sikit, pam dan automatik untuk pam (memberhentikan air bila pam off).
pam 1hp.. barang yang order dari putrajaya pun dah sampai tadi.. alhamdulillah.. kini tinggal pengurusan tapak je yang masih banyak nak diuruskan..


Pam 1hp

Disk Filter


Barang2 yang terkumpul.

Isnin, 12 Januari 2009

12 Jan 2009

Kini tapak sedang di clearkan, pokok sedang ditebang.. susah pokok besar ni nak buang sebab tepi dia ada rumah kongsi indon, kalau terus guna bekho, alamatnya ranap la rumah kongsi, belah sini plak pun tak lepas ada wire and rumah sedara.. so kena buang sikit2 la.. pokok kelapa, pokok cenerai, pokok belimbing besi (nak ubah pokok ke tempat lain) dan semak-samun. Yang bestnya di sini terdapat 2 telaga air. nak kena beli ph meter gak.. Sesape yang ade jual PH meter, nak offer boleh email kan ke jimradlin@gmail.com

Kat rumah plak, anak pokok yang semai ari tu kena angin kuat banyak yang tumbang, time tu aku di kl, tinggal 3 tray je daripada 5 tray.. erm.. keadaan anak pokok kini dah masuk 2 minggu dah keluar tunas ketiga.


Ini dah nak sampai sebulan.. dah boleh pindah ke poli..


Petang tadi pegi supermarket nak beli beras, singgah kejab bahagian sayuran..
Cili Merah ni RM2.30/100g, wah RM23/kg..

Jumaat, 2 Januari 2009

Kronologi Cili

Anak Pokok dah berusia sebulan. Dah perlu di alihkan ke polibag..



25 Disember 2008 - Semai 520 anak benih pokok cili f1 568.
28 Disember 2008 - Benih dah pecah mata dan start to grow.





Gambar-gambar diambil pada 31/12/2008

Ahad, 28 Disember 2008

Jom Tanam Cili Di Rumah

Jadikan hobi menanam pokok cili sebagai satu daripada minat anda, selain dari hobi, ia juga dapat memberikan kepuasan apabila kita dapat menikmati cili hasil tanaman dan jagaan sendiri.


SET TANAMAN FERTIGASI CILI 10 Polibag.. RM180.00 rujuk sini

Sabtu, 27 Disember 2008

Repella - Organic Fertilizer + Repellant

Aku ada mencuba satu benda alah ni, nama dia repella, bagus juga, aku guna kat pokok yang dah kena penyakit, pokok semakin pulih dan kesan memberangsangkan.. selain itu ia sebagai repellent terhadap serangga perosak..

Update















Benih Cili dah kuar tunas ketiga

agak perlahan pertumbuhan cili ni..















Pokok Cili Atas Bumbung yang semakin galak berbuah, pelbagai usaha melawan perosak, malation, green patrol, afy hanif, repella..
hmm.. cabaran jugak nak bela cili ni..




















pokok melon ni tanam saja2 jer, dah berbuah dah.. usia pokok dalam 2 bulan lebih..


Tapak Alternatif

Setelah tapak yang pertama di'hold' sementara, berikutan kedudukannya yang agak kurang fasiliti, dan mengundang masalah air bertakung dan solution yang memerlukan belanja yang tinggi untuk menambak tanah, satu lagi tapak yang agak sesuai adalah seperti berikut namun kerja-kerja pembersihan tapak perlu dilakukan membuang semak dan beberapa pokok besar..